Skip to main content
Centre for Policy Research (CPR)  |  Main Campus  |   USM Apex W 

Persidangan Meja Bulat Bincang Akses Modal, Kapasiti Digital dan Peluang Pelancongan Usahawan Bumiputera

4 Oktober 2025

275

Pusat Penyelidikan Dasar, Centre for Policy Research (CPR), Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat Keusahawanan Bumiputera Pulau Pinang Siri 1 pada 4 Oktober 2025 bertempat di CPR, USM.

Persidangan ini dipimpin oleh Prof. Madya Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk (Pengarah CPR) bersama Dato’ Sr. Dr. Muhamad Farid Saad, Presiden Pertubuhan Usahawan Muslim Pulau Pinang merangkap Pengerusi Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang.

Perbincangan memberi tumpuan kepada cabaran utama usahawan Bumiputera Pulau Pinang, khususnya isu akses modal, premis, ekosistem perniagaan, kapasiti digital, peluang pelancongan, serta keperluan kerjasama kolektif, dengan cadangan penyelesaian yang selari dengan agenda #SDG1, #SDG4, #SDG8, #SDG9, #SDG10, #SDG11, #SDG12, #SDG16 & #SDG17.

More | Video