Centre for Policy Research (CPR)  |  Main Campus  |   USM Apex W 
Program Kelestarian Pejabat Hijau- Go Green CPR

Pengenalan

Program Kelestarian Pejabat Hijau “Go Green CPR” merupakan inisiatif yang diambil oleh CPR bagi mendokong usaha USM amnya dan Bahagian Kelestarian kampus di bawah Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian (TNC JIM & KI) khususnya untuk lebih lestari dan mesra alam bagi ruang pejabat di USM. Tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan secara tidak langsung untuk mempromosi amalan mesra hijau di pejabat.

Konsep amalan hijau akan dapat mengurangkan jejak karbon dan seterusnya membawa kepada penjimatan kos melalui pengurangan tenaga serta meningkatkan semangat kerjasama, produktiviti antara staf dan dapat meningkatkan kesedaran akan kepentingan lestari di kalangan warga CPR termasuk pelajar.

  • SDG 13
    Climate Action
  • Go Green CPR
    Bermula pada Disember 2022

Keutamaan SDG 13

Pusat Penyelidikan Dasar (CPR) telah memulakan aktiviti pejabat hijau “Go Green CPR” bermula pada bulan Disember 2022 dan aktiviti ini telah berlanjutan sehingga ke hari ini secara berkala. Terdapat pelbagai aktiviti hijau telah dijalankan di CPR untuk menggalakkan kesedaran alam sekitar dan mendorong amalan-amalan lestari di kalangan kakitangan dan seterusnya pelajar CPR sendiri. Antaranya adalah seperti berikut:

Program Kitar Semula

Mengkelas barangan-barangan seperti kertas, logam, plastik dan sebagainya dengan mewujudkan ruang khas yang menempatkan tong kitar semula dibawah pemantauan staf yang dipertanggungjawab. Barang-barang ini seterusnya akan dijual kepada pembeli dan hasil daripada sumber hasil jualan akan digunakan untuk menyokong aktiviti kitar semula ini.

Menanam Pokok Herba Hijau

Menanam pokok herba hijau terutamanya di dalam pejabat bagi mengurangkan jejak karbon serta menggalakkan kelestarian.

Kecekapan Sumber Tenaga

Kecekapan sumber tenaga adalah kemampuan untuk menggunakan sumber tenaga dengan lebih berkesan seperti penggunaan lampu LED di dalam bangunan dan menaikkan suhu penghawa dingin serta meletakkan komputer dalam keadaan sleep serta mencabut peranti apabila tidak digunakan.

Go Green CPR

Gotong Royong

Mengadakan taklimat ringkas mengenai amalan hijau yang boleh dipraktikkan di CPR serta sesi aktiviti gotong royong. Pada setiap 3 bulan, pihak CPR akan menjalankan aktiviti gotong royong di peringkat jabatan. Aktiviti ini turut melibatkan kawasan dalam dan di luar pejabat.

Amalan Hijau

Di CPR, setiap staf digalakkan menanam pokok hijau sama ada diluar mahupun di dalam pejabat. Bermula dari April 2024, CPR akan memulakan aktiviti menanam pokok herba dimana setiap staf digalakkan menanam pokok herba di dalam pejabat. Tananam tumbuhan tempatan atau herba akan ditanam di dalam pasu-pasu atau ruang terbuka di sekitar bangunan pejabat untuk menyokong biodiversiti tempatan dan menyediakan persekitaran yang lebih hijau. Satu tempat khusus telah disediakan bagi menggalakkan staf untuk menjalankan aktiviti ini.

Jimat Tenaga

CPR juga turut memberi pendedahan dan seterusnya mengamalkan konsep pengurangan penggunaan elektrik “Jimat Tenaga” di mana staf dan pelajar perlu sentiasa peka terhadap penggunaan tenaga dan pengurangan pembaziran. Komputer perlu diletakkan di dalam “mode sleep” pada waktu rehat dan jika tidak digunakan. Lampu akan ditutup pada jam 1 hingga 2 petang. Manakala penghawa dingin digalakkan pada suhu 24'. Lampu dan penghawa dingin akan dikurangkan atau ditutup penggunaannya bagi tempat-tempat laluan, ruang legar dan tandas apabila tidak digunakan.

Kemudahan Kitar Semula

Pihak CPR telah menyediakan ruang dan bekas kitar semula yang mudah diakses di seluruh pejabat untuk memudahkan kakitangan dan pelajar memisahkan bahan kitar semula seperti kertas, plastik, toner dan aluminium. Barang-barang kitar semula akan dijual kepada pihak berkiatan untuk menjana kewangan CPR.

Pihak CPR juga telah mendapat sumbangan berupa tong sampah kitar semula dari pihak BJIM bagi menjayakan aktiviti ini.

'Papper Less' dan Pengurusan Sisa

CPR mengamalkan “paper less” bermula dari tahun 2020. Staf digalakkan untuk tidak mencetak maklumat tetapi digalakkan untuk mengamalkan konsep penyimpanan halus “soft copy’ di “one drive”. Selain dapat menjimatkan dan mengurangkan penggunaan kertas, aktiviti ini dapat memudahkan akses kepada semua staf dengan cepat. Satu sudut khas disediakan untuk mengumpul kertas draf untuk diguna semula.

Tiada penggunaan botol, Cawan dan Pinggan Plastik

Bagi aktiviti majlis rasmi, CPR mengamalkan konsep “no pastic & bottle”. Penggunaan pinggan kaca dalam penyediaan makanan digunapakai.

Aktiviti di Peringkat CPR

Aktiviti Pejabat Hijau V2 2024- Go Green CPR

Pusat Penyelidikan Dasar, Centre for Policy Research (CPR) telah mengadakan aktiviti Pejabat Hijau V2 2024- Go Green CPR bertempat di pejabat CPR pada 5-6 Jun 2024 yang turut melibatkan staf akademik, staf pentadbiran seterusnya pelajar ijazah tinggi di CPR.

Aktiviti ini juga merupakan sokongan CPR terhadap seruan Universiti Sains Malaysia sempena Minggu Kelestarian yang dianjurkan pada 5-6 Jun 2024.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah membersihkan kawasan sekitar CPR, gotong royong di sekitar dalam dan luar banguan D03, membaikpulih bangunan, menanam tanaman hijau serta mengumpul barang-barang kitar semula mengikut jenis barang dan seterusnya menghantar barangan yang dikitar semula untuk pertandingan antara jabatan serta untuk USM E-WASTE DONATION.

PROGRAM PENANAMAN 1 JUTA POKOK, SEMPENA HARI BUMI 2024- [22 April 2024]

CPR (Pusat Penyelidikan Dasar) TURUT SERTA DALAM PROGRAM PENANAMAN 1 JUTA POKOK, SEMPENA HARI BUMI 2024

22 April 2024 - Bersempena dengan Sambutan Hari Bumi 2024, Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menyokong inisiatif yang dianjurkan oleh Yayasan Amal TYT dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan mengambil bahagian dalam Program Penanaman 1 Juta Pokok Peringkat USM yang ditanam secara serentak di seluruh negeri Pulau Pinang.

Sebanyak 10 pokok ditanam di sekitar CPR yang melibatkan penglibatan seramai 10 orang staf Akademik dan Pentadbiran CPR.

Program Kitar Semula Januari 2024

Aktiviti pertama telah dijalankan oleh CPR pada tahun 2024 adalah program kitar yang dilaksanakan pada 2-3 Januari 2024. Hasil sebanyak RM 70.25 disimpan untuk kegunaan aktiviti menanam pokok dan aktiviti kelestarian khususnya.

Tindakan Segera Melaporkan Aduan Kerosakan

Staf terlibat akan segera mengubungi pihak terlibat jika terdapat masalah dan kerosakan untuk dibaiki dengan kadar segera.

Penyediaan Sudut Petunjuk dan Peringatan Amalan “Go Green”

Penyediaan poster dan pelekat di tempat-tempat yang dapat diakses oleh staf dan pelajar dengan meletakkan poster penjimatan tenaga dan sebagainya.

QUICK LINKS


 Office: +604-653 3389  

E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 Admin