Skip to main content
Centre for Policy Research (CPR)  |  Main Campus  |   USM Apex W 

Pengiktirafan Pejabat Hijau USM 2025: CPR Kekal Komited terhadap Amalan Lestari

IMG 0552

Pusat Penyelidikan Dasar (CPR), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima Sijil Penarafan Pejabat Hijau USM 2025 (5 Bintang) pada 22 Disember 2025 sebagai pengiktirafan terhadap komitmen CPR dalam melaksanakan amalan pengurusan pejabat yang lestari dan mesra alam.

Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Bin Mohamed, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia manakala CPR telah diwakili oleh Pn. Rosliza Musa, selaku Pegawai Tadbir, bagi menerima sijil berkenaan.

IMG 0406IMG 0415

Pengiktirafan ini mencerminkan usaha berterusan CPR dalam menyokong agenda Kampus Lestari USM, selaras dengan amalan hijau, pengurusan sumber yang cekap, dan pembudayaan persekitaran kerja yang mampan.

SDG 12: Responsible Consumption and Production

(amalan hijau, pengurusan sumber yang cekap, pengurangan sisa)

SDG 13: Climate Action

(inisiatif mesra alam, pengurangan jejak karbon di tempat kerja)

SDG 11: Sustainable Cities and Communities

(persekitaran kerja yang lestari dan berdaya tahan)

SDG utama (primary): SDG 12

SDG sokongan (secondary): SDG 13 & SDG 11

IMG 0759