Pembentangan Kajian Penentuan Nilai Kos & Pulangan Pelaburan (Return on Investment - ROI) Bagi Perlalatan Menangkap Ikan Utama di Pantai Barat Semenanjung

Pembentangan Kajian Penentuan Nilai Kos & Pulangan Pelaburan (Return on Investment - ROI) Bagi Perlalatan Menangkap Ikan Utama di Pantai Barat Semenanjung (14 Jan 2025; Hotel Le Meridien Putrajaya).
Kajian Penentuan Nilai Kos & Pulangan Pelaburan (Return on Investment - ROI) Bagi Perlalatan Menangkap Ikan Utama di Pantai Barat Semenanjung telah dilaksanakan sepanjang Januari hingga Disember 2024 dengan tajaan berjumlah RM200,000 daripada Jabatan Perikanan Malaysia. Kajian ini diketuai oleh Dr. Illisriyani Ismail sebagai Ketua Penyelidik, dengan fokus menilai keberkesanan projek-projek pembangunan pesisir dari aspek pulangan sosioekonomi, peluang pekerjaan, serta impak kepada komuniti setempat, di samping mengenal pasti cabaran dalam kelestarian alam sekitar. Pembentangan laporan akhir telah diadakan pada 14 Januari 2025, dan seterusnya laporan ini akan dibukukan serta diterbitkan dalam bentuk penulisan jurnal untuk rujukan dan perkongsian akademik. Kajian ini secara langsung menyumbang kepada pencapaian #SDG2 (Sifar Kelaparan) melalui peningkatan sumber makanan mampan, #SDG8 (Pekerjaan Layak & Pertumbuhan Ekonomi) melalui penjanaan peluang ekonomi komuniti pesisir, serta #SDG14 (Hidupan Laut) melalui pengurusan lestari sumber marin dan pesisir.