Skip to main content
Centre for Policy Research (CPR)  |  Main Campus  |   USM Apex W 

Memupuk Tanggungjawab Alam Sekitar melalui Gotong-Royong dan Amalan 5S di CPR

17 Oktober 2025

100.png

Aktiviti gotong-royong dan amalan 5S ini diadakan sebagai sebahagian daripada inisiatif Pusat Penyelidikan Dasar (CPR) untuk memperkukuh budaya kerja yang bersih, hijau dan kondusif. Ia turut menyokong komitmen Universiti Sains Malaysia terhadap agenda Kampus Lestari (Sustainable Campus Initiative) dengan menekankan prinsip 5R (Refuse, Reduce, Reuse, Repurpose, Recycle) dan amalan 5S (Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, Shitsuke).

Jenis bahan dikumpul:

Kertas terpakai

Botol plastik

Tin aluminium

Bahan lain yang boleh dikitar semula

Aktiviti gotong-royong dan amalan 5S ini bukan sahaja meningkatkan kebersihan dan keindahan persekitaran kerja, tetapi turut menyemai nilai tanggungjawab terhadap alam sekitar. Diharapkan usaha sebegini dapat diteruskan secara berkala bagi memastikan CPR kekal sebagai persekitaran kerja yang produktif, selamat dan lestari.

“Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula – Bersama ke Arah Kampus Lestari.”

More