Delegasi Penandaarasan (Bench Marking) UiTM & USM
19 Oktober 2023, Delegasi Penandaarasan (Bench Marking) UiTM & USM
Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Penyelidikan Dasar, Centre for Policy Research (CPR) telah menerima delegasi kunjungan seramai 20 orang. Delegasi ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Wan Liza Md. Amin @ Fahmy (Timbalan Pengarah, Social Creativity & Innovation (SCI), Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) selaku wakil Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Teknologi MARA (UiTM). Turut serta dalam delegasi ini adalah 3 orang Timbalan Pengarah Cyber Technology-CT, Logistics & Transporttaion -LT, Energy & Environment-EE, 4 orang coordinator terdiri dari EE, CT, Health Wellness-HW, Social Creativity & Innovation-SCI serta diiringi oleh pensyarah-pensyarah dan staf pentadbiran pejabat TNCPI kampus Shah Alam. Turut hadir wakil daripada pejabat Timbalan Rektor PJIM & A, Koordinator RMU dan 2 orang pensyarah masing-masing daripada Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan dan Kolej Pengajian Kejuruteraan Kampus Permatang Pauh. Di pihak CPR pertemuaan ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk bersama staf CPR.
Antara perkara yang dibincangkan semasa pertemuan ini adalah merangkumi aktiviti strategik operasi dan perlaksanaan perjalanan pengurusan, pemantapan sokongan bagi pihak -pihak berkepentingan (Stakeholders), penjanaan jaringan industri dan antarabangsa serta kolaborasi kajian & penerbitan yang dapat dijalankan secara bersama.
Diharapkan agar pertemuaan ini dapat memberi peluang untuk pihak USM dan UiTM bagi menjalankan kerjasama yang lebih meluas pada masa hadapan dalam bidang pendidikan serta penyelidikan.
