Skip to main content
Centre for Policy Research (CPR)  |  Main Campus  |   USM Apex W 

Siri syarahan bertajuk Industrialisation Policy in Malaysia "The Case of Pulau Pinang"

More

24 Oktober 2023

CPR-USM; Pusat Penyelidikan Dasar, Centre for Policy Research (CPR) telah mengadakan siri syarahan bertajuk Industrialisation Policy in Malaysia "The Case of Pulau Pinang" yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Sulaiman Mahbob bertempat di Bilik Mesyuarat, CPR.

Tan Sri Dato ' Seri Dr. Sulaiman Mahbob kini berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pemulihan negara 2.0 dan Pengerusi Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER). Beliau juga seorang pegawai awam kerjaya dalam Kerajaan Malaysia dan penamaan terakhirnya adalah Pengarah Besar Unit Perancangan Ekonomi (EPU 2006‐2009) Jabatan Perdana Menteri.

Beliau juga pernah berkhidmad di Kementerian Kewangan (Bahagian Ekonomi dan belanjawan) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna.

Pada masa ini, Tan Sri Dato' Seri Dr. Sulaiman Mahbob berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah Institut Kajian Strategik dan antarabangsa (ISIS) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Beliau juga merupakan ahli Tribunal Rayuan persaingan antara 2014 dan 2017. Tan Sri Dato' Seri Dr. Sulaiman Mahbob juga pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (2010 – 2012) dan merupakan ahli lembaga Perbadanan Insurance Deposit Malaysia (PIDM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selama beberapa tahun.

47